Kematian Manusia
pada Pendekatan Sains
Lansir : H Hamzah ahmad
Harus
semua manusia sadari, Tubuh kita
(Badan) kita terdiri dari jutaan sel. Sel-sel berkumpul
membentuklapisan demi lapisan. Lapisan sel inilah yang akhirnya membentuk
tisudan organ seperti jantung, kulit dan hati. Sel seolah-olah sebuah
rumahyang mempunyai komponen yang sentiasa bekerja tanpa henti. Mitokondria,
jasad Golgi, ribosom, nukleus, dan sitoplasma bekerja 24 jam
sehari selama 7 hari seminggu. Untuk bekerja secaranormal, sel
memerlukan tenaga yang diambil dalam bentuk tenaga ATP (Adenosine-5′-triphosphate).
Sel juga memerlukan oksigen, fosfat, kalsiumdan bahan makanan
sebagaimana kita. Setiap apa yang kita makan akandisalurkan kepada sel-sel
tertentu mengikut pengkhususan kerja mereka. Namun jika berlaku sebarang
masalah dan bekalan ini tidak mencukupi,sel akan mati.
Boleh dikatakan bahawa kematian
bermula apabila roh dikeluarkan darijasad. Jasad adalah pakaian roh. Maka
apabila manusia mati, jantungberhenti mengepam darah ke seluruh badan.
Sel-sel badan tidak lagimenerima oksigen yang diangkut oleh darah.
Akibat ketiadaan oksigen, semua sel
akan mati. Kematian sel bermulapada sel otak dan berakhir pada sel kulit.
Dalam beberapa minit darahakan mengalir dari bahagian atas ke bahagian bawah
dan berkumpul disitu akibat tarikan graviti bumi. Bahagian atas yang
ketiadaan darahkelihatan pucat manakala bahagian bawah menjadi lebih gelap.Tempoh
perubahan badan adalah berbeza-beza. Sel otak akan mati jikaia mengalami
kekurangan oksigen selama tiga minit. Sel otot bolehbertahan setelah beberapa
jam manakala sel tulang serta kulit bolehbertahan berhari-hari lamanya.
Perlu diketahui bahawa badan bernafas
secara aerobik iaitu denganmenggunakan oksigen. Maka apabila mati, proses
respirasi aerobik akanterhenti dan menghalang penghasilan tenaga
molekul yang diperlukanuntuk melakukan tindakbalas biokimia otot. Ion
kalsiumakan bergerak ke sel-sel otot bagi menghalang otot berehat
ataumengendur. Tapi apa yang berlaku ialah otot menjadi kaku dan keras,tidak
bergerak lagi.
Sel telah mati. Tidak mampu melawan
bakteria daripada memusnahkandirinya. Enzim dan bakteria sebenarnya sudah
wujud dalam sel semasakita masih hidup lagi. Oleh sebab itulah, diriwayatkan
jika kitaditemukan dengan tanda berupa denyutan atau kedutan di antara
dahikanan dan kiri menandakan kematian kita akan terjadi dalam beberapahari
lagi, kita digalakkan berpuasa supaya badan kita tidak mengandungibanyak
kotoran dan ini memudahkan memandikan mayat kita nanti.
Hikmah Pengebumian Jenazah
Amat besar hikmah mengkebumikan
jenazah di dalam kubur. Manusia yangdicipta dari segumpal tanah akhirnya
kembali kepada tanah. Kita sediamaklum, semua jasad yang mati, lama kelamanan
akan mereput. Prosespereputan ini berlaku berperingkat-peringkat di dalam
kubur. Seandainyajenazah tidak disemadikan di tanah perkuburan, maka akan
tersingkaplahkejadian pereputan yang mengaibkan ini dan manusia tidak dapat
hidupaman lantaran bau busuk yang dikeluarkan dari mayat. Malahan,
bakteriaakan tersebar dan menularkan penyakit kepada manusia yang
masih hidup.
Peringkat pertama
pereputan dikenali sebagai Pemecahan
Sendiri (self-destruction).Enzim yang terdapat dalam badan akan
menghadamkan badan sendiri.Struktur membran sel akan rosak dan enzim
penguraian dilepaskan. Iaakan menyahaslikan makromolekul dalam badan.
Peringkat pertama ini bermula dalam sel yang aktif menjalankan metabolisma
seperti sel perembes dan makrofaj.
Peringkat kedua
adalah peringkat pembusukan
akibat tindakan bakteria anaerobik. Oksigen sudah tiada menyebabkan
wujud suasana anaerobik ( tiadaoksigen) dalam mayat. Keadaan ini menggalakkan
pertumbuhan danpembiakan bakteria anaerobik terutamanya
pada bahagian organ dalamanbadan seperti perut. Bakteria ini menguraikan zat
makanan iaitu karbohidrat, protein dan lipidpada mayat dan
menghasilkan asid dan gas. Gas yang dilepaskanmengakibatkan tubuh mengembung
bermula dari perut yang akan mengubahbentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan
meletus dari mulut dan hidungmayat akibat tekanan gas yang terjadi di sekitar
diafragma.Organ dalam tubuh seperti paru-paru, jantung dan hati turut
membusuk.Pandangan yang paling menjijikkan adalah di sekitar perut, akibat
kulittidak dapat lagi menahan tekanan gas dan akhirnya pecah lalumenyebarkan
bau yang meloyakan.
Peringkat ketiga
adalah peringkat pereputan.
Pada akhir peringkat kedua, cecair badan yang busuk telah mengalirkeluar.
Daging akan luruh satu persatu bermula dari bahagian tengkorak.Kulit dan
jaringan lembut yang lain akan tercerai-berai. Otak turutmembusuk dan
kelihatan seperti tanah liat. Tisu-tisu badan yang lembutmenjadi kecut dan
kering. Proses pereputan berterusan hingga akhirnyamayat tinggal rangka.
Peringkat keempat
adalah peringkat terakhir dalamproses
pereputan. Pada masa ini, tiada lagi daging untuk dihancurkan.Semuanya telah
dimakan bakteria dan serangga di dalam kubur. Yangtinggal hanyalah tisu-tisu
keras seperti tulang dan gigi.
Akhirnya, mikroorganisma seperti
bakteria, kulat,alga dan serangga berjaya menakluki
tulang. Berlakulah perembesanasid dan enzim
metabolisma. Mikroorganisma tersebut memetabolismakan matriks tulangpula
hingga tulang hancur. Penguraian tulang ini dibantu oleh bahankimia di
persekitaran. Pada persekitaran berasid, kalsium fosfat yangterdapat dalam
tulang akan melarut. Tulang akan musnah. Maka, tiada apalagi yang tinggal
pada jasad.
Sehebat manapun kita, akhirnya akan
mati dan hancur jua. Apabilamati, segalanya telah berlalu dan tidak dapat
diubah. Maka ingatlahsentiasa akan mati kerana ia satu peringatan.
|
Jeruk Purut
Dini Hari 5 Muharram 1434 H
Tidak ada komentar:
Posting Komentar